Friday, January 14, 2011

My beloved Family..

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia...




malam ini tiba2 rasa ingin mencoretkan sedikit kisah mengenai family ak.. terdapat 5 orang individu yg paling penting dalam hidup ak.. mereka adalah arwah ayah ak iaitu En Shafie, mak ak iaitu Pn Rosidah abang aku iaitu Arif, dan dua org adik ak iaitu Nida dan Nuha. Mereka ini semua merupakan indivdu yang penting dalam hidupku. Tanpa mereka siapalah ak..=)




1)


kita bermula dgn arwah ayah ak. ak wakilkan gambar diatas sebagai arwah ayh kerana beliau telah memberi sinar dalam hidup ak dan keluarga ak. Walaupun hidupnya tidak panjang namun dia merupakan seorang insan yg sgt penyayang serta bertanggungjawab. dia meninggal semenjak umurku masih kecil iaitu seusia 11 thun. Masih ak ingt walaupun ayh sedang sakit, ayh masih lg mengambil berat tentang kebajikan anak2nya. Pernah ketika itu ak dimarahi kerana tdk tolong mak menjaga adik2. Ak sedar ak merupakan anak kedua dan kakak kepda adik2ku. Jadi ak harus membntu mak menjaga adik2 dgn baik bg meringankan beban mak yg menjaga arwah ayah setiap hari. Pabila mengenang kisah itu ak sering menitis air mata. Ak amat merindui dirinya. Arwah ayah juga merupakan seorang guru. Sebb itu ak upamakannya seperti lilin yg menerangi hidup anak2 muridnya. menurut anak murid ayh, ayah seorang yg baik serta selalu membntu mereka. Ak sgt bangga memiliki seorang ayah seperti dirinya. Semoga roh arwah ayah dicucuri rahmat dan ditempatkan di tempat org2 yg soleh AMIN...



2)


gambar diats merupakan mak ak. mak ak seorang pengetua ketika ini. semenjak arwah ayah meninggal dialah yg menjaga ak adik beradik. Mak seorang yg bertanggungjawab, penyayang dan tegas. walaupun dia kehilangan suami ketika anak2 masih kecil, namun dia tabah menghadapi dan mendidik anak2nya sehingga berjaya.. Hasilnya, ak dan abg ak juga menjadi seorang pendidik. mak sebenarnya amat sporting dan syg anak2nya. dia bekerja keras demi anak2nya. dia juga wanita yg suka bekerja dan amat mencintai profession iaitu menjadi seorang pendidik. Ak amat menyanyangi mak. Ak x dpt bayngkn kalau mak x da di sisi ak dan adik beradik. Mak, kakak amat syg pada mak, semoga mak sht shaja hendaknya. InsyaAllah kakak sentiasa mendoakan kesejahteraan mak.. Love u very much.. thanks for everything..=)




3)

ni pulak abg ak. die ni poyo sikit.. (hehe abg jgn marah k). dah berumur 26 tahun dh abg ak thn nie..hehe Die ni boleh dikatakan anak kesayngan juga lah. haha coz dia lah tulang belakang keluarga selepas aayah meninggal. walaupun ketika itu dia baru sahaja form 1, tp dia telah mengambil tugas menjaga ak dan adik2..ak sgt rapat ngan abg masa kecik. maklum la adik bwh ak lamabt kuar. hehe... tp bila dh besar selalu lak gaduh.. alah gaduh adik beradik. x de hal lah.. haha tp dia gak sporting gak r. bila mintk tolong ok je. lgpun dia ni wali ak nnti. (abg sekarang ni oak kene sedia dh nk jadi wali, org lyk kawin dh nie..haha) hope dia berjaya dalam apa bidang yg diceburi and x lupa keluarga terutama mak. sebb dia anak lelaki tunggal and first lak tu..=)




4)

nih adik ak yg bernama nida. sekarang nie umur dia 19 thn. dia nie lain sikit dlm adik beradik ak. die ni suka sgt dgn seni. alah senang cite suka melukis r. disebbkan dia ni org seni, maka tugas mengemas rumh memng serah kat dia. suka sgt duk ubh2 perabut dlm umh. klu dalam bilik apatah lg. dh mcm libary komik dh bilik ak. ops..bilik ak bilik dia juga. coz kami kongsi..hehe dia suka komik.. tu yg penuh komik dlm bilik ak.. adoi nida2.. die ni byk angan2.. nk bt tu lah..nak bt nie.. lah... kita tgkkan ajelah angan2 dia tu menjadi ke x. hehe antara angan2 dia nak bukak bisnes coklat, cupcake and interior design. Tgk satu hari dpt x dia cpai angan2 dia nie.. tp sebgai kakak ak ttp sokong ape yg ingin dibuat oleh adik2 ak. janji dia tdk lupa sapa dia and keluarganya.. ak akn doakan yg terbaik untuk adik ak yg sorang nie.




5)

ni adik bongsu ak. Nuha namanya. Dia ni rapat dgn ak. Apa2 mesti cite kat ak. dia ni kadg2 pelik juga. dia cpt berangin kalau slh usik dia. Ak pun x tau napa dia jadi gitu. Mungkin dia kurang dpt perhatian, jd dia cpt terasa dlm ape2 hal. yelah, dia ni klu tanya ingt ayah x, comfirm dia x ingt. waktu arwah ayah meninggal dia baru berusia 5 thn.. mana nk ingt. dia membesar pulak krg dpt perhatian org tersyg,, mak bz kerja kurg ada masa kat umh, abg sibuk kat sk, ak form 1 dh duk asrama. so tinggal nida ngan dia je. tu yg dia ni susah dijangka sikit sikap dia. Dia juga seorang yg pemalu amat. Susah benar nk ajak kuar rumah walaupun ke kedai. kalu dia nk kuar g kdai kira bertuah la.. hehe itupun sebb dia nk beli brg dia. Cita2 pun xda dia nie. x tau lah nk jadi ape.. huhu tp akademik dia agak ok. x dalah mengecewakan. tahun nie dia SPM. Semoga dia dapat skor dengan cemerlang dan dapat melanjutkan pelajaran keperingkat yg lebih tinggi..aku sentiasa doakan kejayaannya.. AMIN




6)
ni ak.. haha pasal ak dh byk dh kot dlm blog nie ak cite. cuma sekarang ak tgh tunggu posting and duk cari boyfriend a.k.a calon yg leh buat jdi suami.. hehe sapalah nak kat ak nie.. tp x pe.. ak percaya jodoh pertemuan ditangan Allah. semuanya telah ditakdirkan..



itu sahaja sedikit sebanyak mengenai keluargaku.. kisah2 dlm entry ini adalah benar dan lahir dari hati kecilku ini. jadi ak harap x da individu yg mengeksploitasikan entry ini...=)

~The End..Wasalam..~

Wednesday, January 12, 2011

Kenapa dia selalu hilang bila malam menjelma???

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia....

Kenapa dia selalu hilang bila malam menjelma???
"dia" yg ak rujuk adalah streamyx aka internet r..
bukn apa, sebnrnya ak pelik ngan streamyx kat umh ak nie,
asal malam menjelma aje, connection die x de..
start dr kul 7 lebih sampai kul 11 lebih..
kadang2 sampai esok pg br dpt connect..

nak kata sebb line, apesal jiran2 tetangga ak leh je on9.. ade line..
musykil2.. tertekan benar ak.. nak on9 sebelah mlm pun pyh..
xkn streamyx umh ak kene hantu kot.. asl mlm die off duty, bila siang bekerja..
hish2..snak kata x buat aduan.. dh bebuih2 mulut abg ak duk call operator suh check..
dh lapor x de pun perubahan.. mcm tu gak.. klu nasib bek ade lah line klu x jgn harap la..

geram gak kdng2 tp nak marah pun x guna dia mcm tu jugak.. biar aje lah..
nie mesti dia nk suh ak hadkan penggunaan coz sokmo mendownload..:p
hehe nak ckp cane, itu aje kerja yg ak leh buat ct2 nie.. download tgk cite.. itu jek kejenya..hehe
sekarang pun ngah dlm proses download ngangkung.. (ak x tgk ag, mn ade panggung kat lepeh nie..:p)

emm.. oklah.. hope2 pihak yg berkenaan ambil tindakan yg wajar terhdp pelanggannya.. huhu
hak penggunakn perlu diutamakan.. hehe =)

~the end..wasalam~

25 random facts about me myself and I!

25 fakta mengenai diri ak? hehe
satu lagi entry oleh Cik Puan Netty yg telah tag ak..
untuk tidak menghampakn my BFF nie, ak tulis juga entry nie..:p
hish 25 perkara, mau pecah kepala pikir pasal diri sendiri..haha
bukan ape kadng2 x sedar ape yg lebih ape yg kurang kat diri..=)
nie antara syarat2 yg telah diberikan:-

"Once you have been tagged,you are suppose to write a note, with 25 random thing, fact, habits or goal about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person who tagged you. If I tag you, it's because I want to know more about you. Your cooperation is highly appreciated."

ok sekarang ak akn list 25 perkara mengenai diriku.. (puas gak mau pikir..:p)

1) seorang yang pendiam dan agak kekok untuk memulakan bicara pada pertemuan pertama kali dgn org yg tdk dikenali & ambil masa nk sesuaikan diri..

2) seorang yg mudah bersimpati dan emphati..baca kisah excident/kematian and dera kat paper pun bleh meleleh air mata..hehe

3) seorang yg jujur.. kurang pandai nk tipu or cover line..sbb tu ak ambil keputusan x cmpur hal org.. tkut terlepas kene marah..hehe

4) kurang keyakinan diri terutama dalam bab mencari cinta..(poyokn? tp betul nie..) sebb bg ak org lelaki ramai yg memndng rupa paras.. ak ni ketegori yg kurang dr segi rupa paras n penampilan...

5) seorang anak yg baik (kdg2 degil gak..:p), kakak yg baik kepd adik2 and seorang adik yg selalu berantam dgn abgnye..haha

6) suka tolong org and x kedekut untuk bebelanja... (ak gn duit hanya tuk mkn...)

7) x suka shopping walaupun ak girl.. sebb shopping leceh n penat terutama window shoping.. (pelik? x kn? hehe sbb klu nk beli ak suka senarai then trus beli.. x yah pikir2 dh..tp kdng2 terwindow gak bila terpaksa ikut mak n kwn2.. hehe)

8) seorang yg suka makn..beli maknn.. tapi badan tetap mcm tu.. susah nk naik kilonye.. huhu

9) suka baca novel, tgk rancangan realiti (terutama idola kecil), dram2 yg best.. x kira melayu, cina, korea or japan.. india or hindustan kurang minat.. hehe

10) sgt suka laksa penang.. pantang jumpa mesti beli terutama area penang n kedah.. pergh.. sedap wa cakp lu..=)

11) tdk masuk cmpur klu ade kwn2 bebalah.. buat pening pale den je.. baik duk diam.. klu diminta pendapat baru beri..

12) paling geli katak.. pernah ak menangis kerana katak.. bukan sekali 2 tapi byk kali...haha

13) seorang yg sgt suka subjek math aje dr kecik n akaun... tp akaun ak dh lupakan atas sebb2 tertentu.. so lebih cenderung terhadap bidang pengiraan...

14) kadg2 ak ni cepat sensitif juga..terutama bila org ckp benda yg ak x buat.. memng panas r..

15) suka bwk kete laju2 kalu tension.. (tp still bwk ngan cara selamat r walaupun laju.. rumet ak a.k.a leha pernah rasa..nampk sgt die tkut nek kete ngan ak klu ak bengang or tension..hehe)

16) klu memandu ak suka berdiam diri dari bercakp.. coz ak x leh tumpu pada byk perkara time drive.. nnti pening klu byk ckp..hehe sampai jaln or simpang pun leh terlepas klu dh start berckp..

17) mempunyai lesen sejak dr form 4 ag.. (motor ler,,hehe) sbb ak nie jenis lasak.. tu yg mak ak kasi amik lesen..pas hbh SPM ak amik kete lak, bila masuk maktb dh habih lesen P ak.. bangga beb antara org yg paling cepat hbh P...hehe

18) suka pikir yg bukn2..means perkara yg x penting dn x masuk dek akl pun ade..(dlm proses mengubah tentang sikp ini)

19) masak? emm sebnarnye suka.. tp bila mask mcm org len nye lg sedap jek..hehe x pndai sgt r.. dlm proses belajar ag..haha

20) suka buat kek coklat..(coz ak suka makn) sekarang nak belajar buat coklat pulak.. bila dh lulus nnti leh r korang beli ek..=)

21) memiliki bantal "wangi" haha nk tdo mesti ade.. klu x da pun leh tdo cuma lmbt sikit prosesnya..haha

22) ak x makan makann laut spt udng, sotong, ketam.. sebb bila mkn ak rasa loya n gatal2..

23) x pandai n takut nak berfesyen atau bergaya dalam penmpilan.. coz penmpilan sy lebih kepada ringkas..

24) selalu makeup asas je spt pkai krim,bedak compact n lip balm aje bila kuar umh..(sbb x pndai dlm bab makeup)

25) ingin berjaya dalam hidup dunia dan akhirat, mendapat suami yg soleh dan memahami, keluarga yg bahagia dan diberkati.. AMIN..


jenuh pikir 25 perkara nie.. tp sebenarnya ade byk ag bila dipikir2 balik..hehe tp udah2 la ye.. nnti kita leh sambung ag..emm kene tag 25 yg len eh? ak n x ramai follower.. so x yah tag r eh.. sape2 yg baca entry nie dikira telah ditag untuk join menulis mengenai entry ini.. ok???


~the end..wasalam..~




Monday, January 10, 2011

Bloglist Istimewa untuk Blogger Baru

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia =)

pg yg indah ini sy mulakan dengan menyertai satu segmen yg sy anggap istimewa..=)
segmen ini telah di tag oleh rakan blogger sy iaitu cik Puan Netty and Cik Ana...
segmen ini amat bgus bg blogger yg kurang follower mcm sy :p
disamping sy dpt menmbah lg rakan blogger.. (walaupun sy agk pemalu orgnye..ahaks..:p)


lihat sahaja kepada banner yg comel dibawh,
boleh membuatkan sesiapa sj tertarik untuk menyertainya..=)



jadi kepada sesiapa yang nak join boleh click disini ye..=)




sy nak tag rakan blogger sy dibawah untuk menyertai segmen ini =)

1) NM Khairul Azlan
2) Fatehah
3) Fathiah Farid


jom join, mari pakat ramai2 k..=)

Sunday, January 9, 2011

Idola Kecil 3 part 1

pernah dengar x rancangan Idola kecil?? kalu korang nak tau time cuti bulan 12 hrtu rancangan nielah menjadi kegemaran ak..hehe rancangan nie merupakan rancangan realiti kanak-kanak ranking pertama di Malaysia.



(Inilah peserta2 Idola kecil 3)




Al-kisahnya, bukn ak nk cite pasal ranking rancangan nie.. ak nk cite pasal betapa excitednya ak tgk cite nie.. haha (mesti korang pelik nape ak suka sgt tgk rancangan nie) sejak dr musim kedua ag ak dh tgk..ak minat gila dengan konsep rancangan nie n suke tgk kanak2 yg berbakat.. mungkin sebb ak sukakan knk2 sbb tu ak suka cite ni n jadi guru..:p

berbalik kepada story asal..korang nk tau x..masa ak tgk konsert2 idola kecil 3 kat tv9 setiap hari sabtu, ak terpikir dlm kepala.. nk aja ak g tgk secara live.. tp mcm mn? itulah persoalan yg sering ak kemukakan...haha (sampai adik ak pun ketawa kat ak sbb terlalu excited) tp korng jgn x tau.. ak berjaya juga pergi tgk konsert akhir idola kecil 3 nie secara live dr sri pentas 2 plaza alam sentral shah alam..=)

macm mana ak leh pegi? pnjang cerita nye.. hehe nk pegi bukn seng.. kene ada tiket.. walaupun masuk percuma..penonton still kene ambil tiket coz tempat terhad.. so nak tau cne ak dapat tiket, tunggu part 2....bersambung....

Award From Miss Netty..=)

Assalamualaikum n salam perpaduan semua =)
cite pasal tajuk diatas.. sebenarnya first time ak dpt award..
ak x tau mcm mana nk guna award tu..haha lawakkn?
bkn pe..ak nie sebnrnya masih br dlm dunia blog2 nie..byk kene belajr..
ak tau dpt award nie pun bila ak bc post cik netty dlm chat box ak..:p


sweet award from my lovely frenz.. misz natrah =)


thanks r pada my frenz cik netty coz bg award yg best nie...
budak nie byk ajar ak dlm blog.. hehe by the way thanks a lot k..
love u lahhhhhhhhhhh..

Friday, January 7, 2011

Menyepi sekian lama ^_^

Assalamulaikum...kum..kum..

hehe.. lamanya ak x update blog ak nie..
bukn ape.. ak mcm malas nk menulis..
lagipun x de yg menarik untuk diceritakan..:p

hemm... hari ni dh 7/1/2011.. ak mash lg duk kat rumah.. bercuti..
kerajaan bg cuti lebih sikit tahun nie..hehe (thanks)
kadng2 ase best ct tp kdng bosan gak..yelakan duk sj men fb je..takpun bc gosip..hehe
bila dipikir balik ak rase berdebar lak nk dpt posting..ak tkut ak x mmpu nk galas tanggungjwb sebagai guru ni..
namun ak harus juga tempuh sebb ak penat belajar kot 5 thn 1/2.. bukn jangka masa yg pendek nie..:p

emm ak nk cite ape ag.. ak bukn pandai sgt mengarang nie.. haha cuma jadikan blog nie sebgai tempat luahan je.. yg nk bc or coment bleh..tp jangan kutuk ek..:p
bila bc blog kwn2 ak rase diorg dh mju dh.. lawa blog diorg..followers pun ramai.. taniah2 kat kwn2 ak yg berbloging tu..(natrah,Ana,Teha n lain2)

oklah..sampai sini dulu.. nanti ak cite ag.. ape yg ak buat sepanjang ct.. hehe chow dulu..

SALAMMMMMMMMMMM..... ^_^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers