Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia...
semasa sy berblog walking n main fb sy ternampak satu post entry mengenai satu segmen yg agak menarik anjuran Blog pilihan Malaysia iaitu Sahabat Blogger : Pelajar IPG/Maktab Perguruan . Segmen ini adalah untuk semua bakal2 guru keluaran IPG. Walaupun sy baru shj hbs atau lebih manis lagi tamat pengajian namun sy tetp berminat nk sertai segmen ini kerana sy belum dipostingkan lg..hehe So, sy menganggap sy masih pelajar IPG KDRI..=)
syarat2 nak menyertainya sungguh mudah. antara syarat2nya ialah:-
- Tajuk entri "Saya Pelajar IPG ...... (nyatakan tempat anda belajar)
- Link blog ini
- Gambar anda bersama rakan sekelas
- Nyatakan apa kursus anda ambil dan anda akan menjadi guru subjek apa nanti..
- Ceritakan pengalaman manis dan pahit sepanjang belajar untuk menjadi guru.. dan apakah perubahan yang anda mahu buat dalam sistem pendidikan negara sekarang ni? (wajib jawab ye)
ok.. oleh sebab syarat 1 dan 2 sy dah settlekan, kita trus kepada yang ketiga.
Actually gmbr diatas nie diambil semasa jamuan akhir kelas sy. Sy yg berbaju pink tu, yg comel2 tu..(hehe perasan jap). Dalam gmbr nie hanya seorang sahaja yg tiada kerana sebb yg tertentu.
Kalau tgk pada gmbar diatas mesti korang dh taukan sy nie bakal cg subjek ape? sebenarnya sy merupakan pelajar PISMP Mathematics. Ok, mathematics tu sy punya meja r.. kerusinya PJ n BI...:p so automatiknya kalu diberi subjek untuk mengajar di sk nanti mengikut course yg sy ambil tentulah, math, pj & bi. Tapi di sk, secara realitinya kita kene bersedia untuk mengajar subjek yg bukn opsyen.. so kita lihat nanti k..=)
Pengalaman Manis
Pengalaman manis? Kalau ikut diari hidup sy sepnjang berada di IPG KDRI ini selama 5 thn setengah memng byk. Kenangan bersama rakan menyertai pertandingan2 ajuran IPG atau jabatan2. Kebnykkn pertandingan yg kami sertai, kami menang adalah kenangan yg paling indah. Sebb kerjasama, penat lelah, usaha, gaduh2 semuanya sepnjng menyertai pertandingan adalh pengalamn indh. BIG selama 6 siri, PBS 4 fasa, Praktikum 3 fasa, Intership semuanya memberi pengalaman yg tidak dpt dilupakn.. pengalamn yg diperolehi dr program2 inilah yg byk mengajar sy serta rakan seperjuangan erti sebenar guru serta tanggungjawab yg besar di pikul oleh seorg guru. emm betapaku sedar mulianya menjadi seorang guru.=) mana tidaknya, tugas mendidik serta membntu ibubapa mencorak anak2 mereka menjadi seorang insan yg elok dr segala segi terutama JERIS. Bagi sy mengajar kanak2 lebih mencabar dari mengajar org dewasa kerana salah kita mengajar maka rosaklah mereka dari awl lg. Semoga pengalamn yg ditimba dpt menjadikan sy seorg guru yg berjaya, cemerlang serta dpt mendidik anak2 bangsa.=)
Pengalaman Pahit
Kalau nak diikutkan memng ada pengalamn pahit. Namun x semua yg pahit itu dibenci dan tdk diingati. Kadng2 pengalamn pahit yg membntu diri menjadi yg lbh baik. Seingat sy x byk pengalamn pahit yg ditempuh spnjang belajar. hehe yg ada pun berkaitan dgn peperiksaan atau persahabatan. Dimana, bila kita berkumpul bersama2 mesti ada yg mungkin tdk menyukai kita. Ye lah manusia tdk sempurna. pergaduhan berlaku, then mntk maaf then gaduh balik. Itu perkara biasa. hehe gaduh disini bukan merujuk kepada tumbuk2 atau tarik2 rambut..hehe gaduh disini bermaksud perselisihan fahm. Ada yg kecil ada yg besar. Namun pengalamn2 ini mendewasakan kita.
Ok. syarat terakhir apakah perubahan yang anda mahu buat dalam sistem pendidikan negarasekarang ni?
emm Perubahan ek? cakap pasal perubahan kalaulah sy diberi peluang mengubah sistem pendidikan sk, sy ingin membuat satu sistem di mana murid2 telah tamat sk rendah yg still tidak pandai membaca di letakkan di sebuah sk menengah khas untuk belajar membaca. Hal ini adalah kerana berdasarkan pemerhatian sy, peningkatan murid tdk pndai membaca semakin meningkat. pelbagai program di jalankan namun masih tdk berjaya untuk membendung perkara ini. Sk menengah khas yg sy maksudkan, bukn shj khas untuk belajar membaca malah boleh juga mengadakan kelas kemahiran tertentu seperti menjahit memasak atau pertukangan. untuk mengajar membaca perlu ada nisbah 1 org guru dgn 3 atau 4 org murid. jika seorg guru perlu mengajar 30 org murid dlm satu masa, murid2 tersebut tdk akan kemana dan besar kemungkinan tdk pndai bc sampai bila2. Atleast, melalui sk ini kita tdk perlu paksa murid yg tdk tahun membaca dan yg lemah dlm mata pelajarn mengikut silibus yg telah ditetapkan dan perlu bersaing dgn murid2 yg pandai. Memnglah akn nmpk jurang perbezaan yg ketara jika mereka yg tdk tahu membc, lemah dlm pelajarn akan ketinggalan dan mereka yg bijak pndai akn trus maju kehadapn. Kalaulah sy dapat laksanakannya. Mungkinkah? rasa mcm susah je.hehe nak ubh dsr pening pale kot.. tp mana tau satu hari tb2 jdi kenyatan. hehe
~ The end..Wasalam~
salam perkenalan..saya rozuan student UKM..jom singgah blog saya..
ReplyDeleterozuan thanks coz sudi melawat.. salam perkenalan juga..=)
ReplyDeletesalam kenai dik.. meh singgah
ReplyDeletehttp://ainblogger.blogspot.com/2011/01/blogger-gegarkan-u.html
http://ainblogger.blogspot.com/2011/01/saya-pelajar-uitm.html