Saturday, January 15, 2011

STEVIA REBAUDIANA


Aassalamualaikum dan salam 1 Malaysia


Entry kali ni sy nak kongsi sikit maklumat mengenai Stevia Rebaudiana. Siapa pula lah cik Stevia nie?? hehe kepada yg masih belum ketahui, Stevia rebaudiana nie adalah sejenis tanama sub-tropical yang berasal dari Amerika yg berpotensi menggantikan gula.

Kalau diikutkan, statistik peningkatan masyarakat di Malaysia yang mengidap diabetis atau lebih dikenali sebagai kencing manis semakin tinggi. Berdasarkan laporan daripada Utusan yang bertarikh 27/12/2010 terdapat seramai 3.4 juta rakyat Malaysia yg menghadapi penyakit ini. kempen2 kesedaran pengurungan gula semakin rancak dilancarkan samada di tv dan media cetak. jadi sesetengah individu telah menjumpai alternatif untuk mengganti kan gula tanpa membahayakan kesihatn.

Pengenalan stevia ni pun sebenarnya sy tahu melalui rancangan MHI yang diberi penerangan oleh YDP Mozaid atau lebih dikenali sebagai paklong. Dalam penerangan yg diberikan oleh paklong tu, beliau berkata daun stevia nie boleh menggantikan gula dan dapat mengurangkan rakyat terdedah kepada diabetes. Jadi, kepada sesiapa yg suka akn kemanisan, hal ini memberi satu khabar gembira kepada mereka. hehe Paklong ni ada blog yg memberi penerangan secara jelas mengenai daun stevia nie. Siapa yg berminat nak tahu lebih lanjut boleh click disini.

ok kita truskan. Mengikut apa yg sy baca melalui blog paklong dan sumber dr Utusan, Stevia merupakan sumber pemanis semulajadi dan menyihatkan kerana tidak mengandungi kalori dan sesuai untuk mengurangkan berat badan. Gula pemanis sihat ini lebih manis sehingga 250 kali ke 300 kali berbanding gula biasa. Kalau ikut penerangan paklong dalam MHI tu, nak jadikan daun stevia nie sebagai pemanis senang aje, kita cuma perlu petik daunnya, keringkan. then kita leh letak daun yg kering tu dalam air yg nak bncuh. warna air masak yg dicampur dgn daun stevia nie jadi mcm air teh. hehe (yg ak tgk la) Bak kata Wardina, yg rasa air tu time tu, dia kata sedap dan rasa mcm asli. Kalau sy jumpa produk daun stevia nie, sy akan beli kerana ingin mencuba dan lbh penting untuk kesihatan.

Dibawah ini antara contoh2 gambar daun stevia serta tanama Stevia Rebaudiana ni. (sy ambil dr blog Paklong.. siapa nak tgk banyak lagi, bleh click http://stevia-gec.blogspot.com/)




Ni pokok Stevia Rebaudiana







Ni antara usaha tanaman Stevia yg dilakukan




Jadi sesiapa yg berminat untuk mendapatkan benih stevia, kursus penanaman stevia, produk stevia bolehlah layari blog paklong nie. Mungkin byk maklumat yg boleh diketahui. Macam sy, bidang penanaman nie kurang lah minat. hehe Tapi kalau membeli produk mungkin berminat. Sy harap input yg dikongsi ini memberi sedikit info kepada rakan2 reader sekalian.


STEVIA REBAUDIANA

  • Completely 100% Natural
  • No Calories
  • No Carbohrdrates
  • No Glycemic Index
  • Tastes like totally pure sugar


~The end.. Wasalam..~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers